IKATAN KIMIA

Apabila dua atau lebih zarah berpadu ianya menghasilkan zarah baru  yang mengikat zarah-zarah tersebut. Tindakbalas boleh berlaku jika keadaan hasil zarah lebih setabil dari zarah tindakbalasnya. Kestabilan zarah ini boleh dibandingkan dengan  gas-gas adi ( unsur kumpulan    VIII )  yang mempunyai konfigurasi elektron duplet atau oktet.
 
 
IKATAN IONIK

Semasa bertindakbalas , atom-atom logam  yang bersifat elektropositif ( yang cenderung melepaskan / menderma elektron) akan melepaskan elektronnya supaya konfigurasi  elektronnya menyerupai  gas adi yang terdekat lalu membentuk ion positif (kation). Ion negatif (anion) pula terhasil apabila apabila atom-atom bukan logam yang bersifat elektronegatif ( cenderung menerima elektron ) mendapat elektron tambahan untuk membentuk konfigurasi elektron gas adi yang terdekat.

Contohnya adalah tindakbalas antara logam natrium dan gas klorin
 
 

Sebelum tindakbalas   :  Na  : 2.8.1                   Cl 2.8.7
     Selepas tindakbalas   :   Na+: 2.8.                  Cl-: 2.8.8 

         Ion-ion yang berlainan cas ini seterusnya tertarik antara satu sama lain untuk membentuk satu
         ionik raksaksa menghasilkan hablur garam.
 



undur  latihan<sedang dibina>