ISOTOP

Bilangan proton yang terdapat dalam sesuatu atom unsur adalah tetap tetapi bilangan neutron di dalamnya boleh berbeza. Ini menghasilkan dua atau lebih unsur yang sama tetapi mempunyai nombor jisim yang berlainan. Contohnya hidrogen mempunyai 3 isotop iaitu hidrogen, 1H1; deutrium, 2H1; dan tritium 3H1
 

atom hidrogen, 1H1
No. atom : 1
No. jisim:   1
atom deutrium,  2H1
No atom : 1
No. jisim:  2

Olehkerana isotop isotop ini mempunyai bilangan proton ( no. atom) yang sama kesemuanya menujukkan sifat kimia yang sama seperti terbakar dalam udara menghasilkan molekul air. Sebaliknya dengan nombor jisim yang berbeza isotop-isotop ini mempunyai sifat fizikal, (seperti takat lebur,  didih, ketumpatan) yang berbeza.