KATA-KATA ALUAN TUAN PENGETUA

LAMAN WEB SMKDHTK 

Sekolah adalah pusat kecemerlangan yang memikul amanah suci membina bangsa Malaysia abad ke-21 . Untuk memikul amamnah suci ini , kita sentiasa mengikut perkembangan dunia sesuai dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan Koridor Raya Multimedia dengan memberi kecemerlangan IT kepada seramai mungkin penduduk Malaysia agar rakyat Malaysia dapat duduk seiring dengan rakyat di serata dunia.

Untuk mencapai matlamat ini sekolah juga mengorak langkah ke era tegnologi maklumat . Salah satu telnologi maklumat yang sering diperkatakan ialah "Laman Web".

Melalui sistem ini, kita dapat mengumpul , menyimpan dan menyebar sama ada maklumat peribadi atau mengenai sesuatu intuasi kepada khalayak . Rangkaian ini mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja kerana sistem ini membenarkan data di salurkan pada kos yang rendah . Selain itu , maklumat juga dapat disalurkan dengan mudah dan cepat .Sesiapa sahaja yang memiliki komputer dan talian internet akan dapat berkongsi maklumat . 
 

Kemudahan ini menjadikan dunia ini seolah-olah satu perkampungan kerana segala maklumat dapat dikongsi bersama. Jadi masyarakat sekolah merupakan sebahagian dari masyarakat kampung tersebut . Dengan kemudahan ini , pelajar-pelajar sekolah ini juga dapat mencari maklumat yang ingin diketahui seperti bentuk-bentuk soalan dari sekolah lain, melakukan proses pembelajaran komputer dan sistem pentadbiran sekolah dapat dijalankan dengan cara terkini.
 
 

Oleh itu , dengan terlaksananya sistem "Laman Web" ini di setiap sekolah , diharap dapat mempertingkatkan atau memartabatkan lagi profesyen perguruan di mata dunia dah dapat memberi manafaat yang optimum kepada semua pihak. Insya Allah.
 
 

Sekian.

Haji Mustadza bin Md Yusop.


     TUAN PENGETUA


Perhimpunan pagi


 


Naib-Johan Sofbol bawah 15 tahun
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negari Melaka 1998.


 


         Sekolah 
          Dalam 
          Taman

 

MENU
HOME