BAHAN KIMIA ORGANIK

Kimia organik ialah sebatian yang mengandungi karbon yang terikat padanya atom-atom hidrogen. Keunikan ikatannya menghasilkan berjuta-juta sebatian organik dengan setiap satunya mempunyai ciri-ciri berlainan. Semua bahan hidup adalah terdiri dari sebatian organik.

Karbon,C, ialah ahli jadual Perkalaan Unsur kumpulan 6 dan kalaan 2. Dengan ini nombor atomnya 6 dan elektron valensinya ialah 4. Memandangkan ianya memerlukan 4 lagi elektron untuk membentuk konfigurasi elektron  gas adi terdekat iaitu neon, Ne.( 2.8.) keempat- empatnya terlibat dalam pengongsian elektron dalam ikatan  kovalen. Ikatan yang terhasil berbentuk tetrahedral.
 

Molekul teringkas hidrokarbon mengandungi 1 karbon dan 4 hidrogen yang dipanggil metana.
 

Selain dengan hidrogen, atom karbon juga boleh berpadu dengan karbon disebelahnya seperti dalam contoh-contoh di bawah.
 

etana
heksana

Kepelbagaian sebatian organik bertambah apabila rantai yang terhasil bercabang atau membentuk gelang siklik.
 
 

3- metil-heptana
siklo-heksana

 
 

Paduan antara atom karbon dengan atom karbon sebelahnya dalam satu rantai adalah samada secara movalen ( ikatan tunggal ), dwivalen (ikatan dubel ) dan trivalen (ikatan tripel ). Ikatan tunggal  dikelaskan sebagai ikatan tepu kerana ianya bersifat lengai  sementara  ikatan dubel dan  tripel pula ialah ikatan tak tepu yang menyebabkan zarahnya bersifat reaktif.
 
 

etana, C2H6
7 ikatan monovalen
etena, C2H4
4 ikatan monovalen 
dan 1 ikatan dwivalen
etuna, C2H2
2 ikatan monovalen dan 1 ikatan trivalen



undur  latihan<sedang dibina>