Make your own free website on Tripod.com
 
SEJARAH SMKDHTK
        SEKOLAH DATO HAJI TALIB KARIM, ALOR
                       GAJAH, MELAKA.
SEJARAH RINGKAS.

1961 - diasaskan sebagai sebuah sekolah aliran Melayu dengan nama Sekolah Menengah Kolam Air. Ia bermula dengan sebuah kelas Tingkatan satu yang ditadbir oleh Pengetua Sekolah Menengah Alor Gajah (Aliran Inggeris)

1963 - kelas Aliran Melayu bertambah menjadi 5 kelas dan permohonan dikemukakan oleh pemimpin tempatan untuk mendapatkan bangunan sendiri.
 

1964 - Sebuah bangunan baru 2 tingkat yang mengandungi 18 buah kelas, 1 pejabat pengetua, 1 bilik guru, 2 makmal sains, 1 makmal sains rumahtangga dan 1 bengkel seni perusahan.Sekolah baru ini bermula dengan 300 pelajar dan 13 orang guru.

1964 - Dirasmikan oleh YAB En. Abdul Ghaffar bin Baba (Ketua Menteri Melaka)

1969 - Sekolah ini diberi nama Sek. Men. Dato Haji Talib Karim,sempena nama Ketua Menteri Melaka ketiga dan tokoh politik terkemuka di Alor Gajah.



1971 - Memperolehi bangunan tambahan (1 bangunan 2 tingkat mengandungi 8 buah kelas dan sebuah makmal sains)

1976 - Memperolehi bangunan tambahan (1 bangunan 2 tingkat mengandungi 2 buah kelas, 1 pusat sumber dan 2 makmal sains. Maka kelas Sains Tulis telah dimulakan pada tahun tersebut.

1977 - Sebuah Asrama Puteri siap dibina menempatkan 100 orang pelajar

- Kedai Koperasi Sekolah Dato Haji Talib Karim, Berhad, ditubuhkan.



1980 - Kelas Tingkatan 6 dimulakan atas permintaan penduduk tempatan.

1984 - Memperolehi bangunan tambahan (1 bangunan 3 tingkat mengandungi 9 buah kelas, 1 bilik lukisan dan 1 bilik kuliah.



1990 - Memperolehi 3 buah Rumah Guru berhampiran asrama mula diduduki.

1992 - Kelas Aliran Agama (Puteri) dimulakan dengan 21 orang pelajar puteri. Pelajar-pelajar ini mengikuti aliran tersebut sehingga ke Tingkatan 3.

1994 - Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan diperkenalkan bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5.

1997 - Makmal Komputer disediakan oleh Kementerian Pendidikan bagi mata pelajaran Komputer Dalam Pendidikan bagi pelajar Tingkatan 1.

- 3 buah Rumah Guru siap didirikan dan didiami.

- Sebuah Surau siap didirikan untuk Amali Solat dan aktiviti lain.

1998 - Sebuah bengkel Kemahiran Hidup dalam proses disiapkan.



Dato Haji Talib Karim Dalam Lipatan Sejarah SMKDHTK.
Allahyarham Dato Haji Talib Karim dilahirkan pada 12 Disember 1909 di Kg. Baru, Alor Gajah, Melaka. Beliau merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradiknya. Semasa Kecil dipelihara olehdatuk dan neneknya. Setelah datuk dan neneknya meninggal dunia, beliau dipelihara semula oleh ayah dan ibunya yang berada di Indonesia. Beliau berkahwin dengan Datin Hajah Norkiah bte Hashim pada tahun 1936 di Sumatera Barat, Indonesia dan dikurniakan 5 orang cahaya mata perempuan. Sekembalinya beliau ke Kg. Baru, Alor Gajah, beliau terus aktif dalam bidang politik. Beliau aktif dalam gerakanmenentang Malayan 
Union. Beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka yang ketiga pada tahun 1967 hingga tahun 1972. Namanya diabadikan sebagai nama sekolah ini bagi menggantikan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Gajah atas permintaan pihak sekolah dan ahli masyarakat sekeliling. Akhirnya nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Dato Haji Talib Karim pada tahun 1969.



 
Perkembangan Pentadbiran:

Pengetua:

01.01.1964 - 19.03.1964 En. Abd. Manap Bin Said

20.03.1964 - 21.12.1967 En. Mohd Yassan Bin Hj. Awab

01.01.1968 - 21.12.1968 En. Mohd Ali Bin Mohd.

01.01.1969 - 30.11.1969 En. Abd. Talib Bin Mat Zin

01.12.1969 - 14.03.1978 Tn. Hj. Hisham Bin Omar

15.03.1978 - 31.12.1979 En. Mohammad Bin Yunus

01.01.1980 - 15.03.1982 En. Ismail Bin Bachik

16.03.1982 - 28.02.1985 Tn. Hj. Abd. Rafie Bin Hj. Mahat

16.02.1986 - 01.06.1988 En. Tavamani

01.06.1988 - 15.02.1991 Tn. Hj. Mohammad Bin Hj. Ismail.

09.07.1991 - 31.01.1995 Tn. Hj. Mazlan Bin Abdullah

01.02.1995 - 03.08.1998 Tn. Hj. Zainen Bin Hj. Mohammad

04.08.1998 - Sekarang Tn. Hj. Murtadza Bin Mohd Yusuf.



Penolong Kanan:

01.01.1964 - 31.12.1964 En. Yusuf Bin Md Nor

01.01.1965 - 31.01.1971 En. Mohd Kamaruddin Bin Zaman

01.02.1971 - 31.12.1972 Tn. Hj.Abd Aziz Bin Zubir

01.01.1973 - 28.02.1977 En. Hassan Bin Khamis

01.03.1977 - 16.12.1979 En. Musa Bin Bulat

17.02.1979 - 30.11.1980 En. Abd. Rashid Bin Yaakob

01.09.1982 - 15.02.1986 En. Dayanathan

01.05.1987 - 02.07.1990 Tn. Hj. Kasmin Bin Mohamad

16.08.1990 - 12.01.1992 En. Baharin Bin Endin

16.01.1992 - 15.11.1992 En. Ahmaed Bin Sulaiman

16.02.1992 - 16.04.1998 Cik Juliah Binti Leman

16.04.1998 - Sekarang Pn. Hjh. Salamah Binti Hashim.


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

01.06.1988 - 15.11.1991 Pn. Meenatchi Veerakumaran

16.11.1991 - 15.01.1992 En. Ahmed Bin Sulaiman

16.01.1992 - 16.04.1998 Pn. Hjh. Salamah Binti Hashim.

16.04.1998 - Sekarang En. Sharif Bin Ithnin.



Pengerusi PIBG:

1. Penghulu Kassim Bin Md Yasin

2. Mejar Wahab Bin Salim

3. Sidang Md Isa Bin Md Nor (1979-1982)

4. En. Longchik Bin Osman (1983-1985)

5. En. Abu Bakar Bin Hj. Mohamat (1986-1988)

6. Sidang Latif Bin Ali (1989 1992)

7. En. Abu Bakar Bin Dewa (1992-Sekarang)


MENU PROFIL
sejarah
lencana
lagu sekolah
HOME
MENU UTAMA
profil
organisasi
staf
aktiviti