STRUKTUR ATOM - suatu hipotesis

 

Pada tahun 1919, Niel Bohr telah mengemukan model atomnya. Bagi  menghuraikan teori tersebut , model atom  hidrogennya diandaikan mempunyai ciri-ciri berikut :

1. Elektron bergerak dalam petala di sekitar nukleus tetapi hanya petala tertentu dibenarkan

2. Elektron hanya boleh duduk pada aras tenaga yang tenaga tertentu sahaja (disktret). Lebih jauh
    dari nukleus lebih tinggi aras tenaga petala itu.

Jika  mewakili 1 proton,  1 neutron dan  satu elektron model, satu atom hidrogen, helium dan litium dapat diwakilkan oleh simulasi berikut:
 
 
 

atom hidrogen, H
Kofigurasi elektron: 1.
atom helium, He
Konfigurasi elektron: 2
atom litium, Li
Konfigurasi elektron : 2.1

 

Perlu diingatkan satu atom hidrogen adalah tersangat kecil iaitu berjejari 5 x 10 -7 mm  Titik sebesar 1 mm boleh dipenuhi oleh 20 juta atom hidrogen!  Jarak sebenar antara nukleus dan elektron  adalah tersangat besar dibandingkan dengan jejari nukleus. Jika proton hidrogen tersebut diwakili sebuah bola sepak, jika bole sepak ini diletakkan ditengah padang di Bukit Jalil, elektronnya akan berputar di sekitar tangga-tanga tempat duduk penuntun. Olehitu adalah mustahil untuk melukis model atom dalam nisbah sebenarnya di atas sekeping kertas!

Seperkara lagi yang perlu diingat ialah jisim  relatif elektron adalah tersangat jauh lebih kecil dibandingkan degan sebiji proton . Jika proton dikatakan mempunyai sifat jirim  elektron pula dikatakan menunjukkan sebahagian ciri-ciri gelombang. Simulasi dibawah cuba sebanyak sedikit dapat menggambarkan keadaan ini.
 



undur  latihan<sedang dibina>