LAMAN WEB SMKDHTK Sekolah adalah pusat kecemerlangan yang memikul amanah suci membina bangsa Malaysia abad ke-21 . Untuk memikul amamnah suci ini , kita sentiasa mengikut perkembangan dunia sesuai dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan Koridor Raya Multimedia dengan memberi kecemerlangan IT kepada seramai mungkin penduduk Malaysia agar rakyat Malaysia dapat duduk seiring dengan rakyat di serata dunia. Untuk mencapai matlamat ini sekolah juga mengorak langkah ke era tegnologi maklumat . Salah satu telnologi maklumat yang sering diperkatakan ialah "Laman Web". Melalui sistem ini, kita dapat
mengumpul , menyimpan dan menyebar sama ada maklumat peribadi atau mengenai
sesuatu intuasi kepada khalayak . Rangkaian ini mampu dimiliki oleh sesiapa
sahaja kerana sistem ini membenarkan data di salurkan pada kos yang rendah
. Selain itu , maklumat juga dapat disalurkan dengan mudah dan cepat .Sesiapa
sahaja yang memiliki komputer dan talian internet akan dapat berkongsi
maklumat .
Kemudahan ini menjadikan dunia
ini seolah-olah satu perkampungan kerana segala maklumat dapat dikongsi
bersama. Jadi masyarakat sekolah merupakan sebahagian dari masyarakat kampung
tersebut . Dengan kemudahan ini , pelajar-pelajar sekolah ini juga dapat
mencari maklumat yang ingin diketahui seperti bentuk-bentuk soalan dari
sekolah lain, melakukan proses pembelajaran komputer dan sistem pentadbiran
sekolah dapat dijalankan dengan cara terkini.
Oleh itu , dengan terlaksananya
sistem "Laman Web" ini di setiap sekolah , diharap dapat mempertingkatkan
atau memartabatkan lagi profesyen perguruan di mata dunia dah dapat memberi
manafaat yang optimum kepada semua pihak. Insya Allah.
Sekian. Haji Mustadza bin Md Yusop. |
![]() TUAN PENGETUA
Naib-Johan Sofbol
bawah 15 tahun
Sekolah
|
|||
|
|