|
1961 - diasaskan sebagai sebuah sekolah aliran Melayu dengan nama Sekolah Menengah Kolam Air. Ia bermula dengan sebuah kelas Tingkatan satu yang ditadbir oleh Pengetua Sekolah Menengah Alor Gajah (Aliran Inggeris)
1963 - kelas Aliran Melayu bertambah
menjadi 5 kelas dan permohonan dikemukakan oleh pemimpin tempatan untuk
mendapatkan bangunan sendiri.
1964 - Sebuah bangunan baru 2 tingkat yang mengandungi 18 buah kelas, 1 pejabat pengetua, 1 bilik guru, 2 makmal sains, 1 makmal sains rumahtangga dan 1 bengkel seni perusahan.Sekolah baru ini bermula dengan 300 pelajar dan 13 orang guru.
1964 - Dirasmikan oleh YAB En. Abdul Ghaffar bin Baba (Ketua Menteri Melaka)
1969 - Sekolah ini diberi nama
Sek. Men. Dato Haji Talib Karim,sempena nama Ketua Menteri Melaka ketiga
dan tokoh politik terkemuka di Alor Gajah.
1976 - Memperolehi bangunan tambahan (1 bangunan 2 tingkat mengandungi 2 buah kelas, 1 pusat sumber dan 2 makmal sains. Maka kelas Sains Tulis telah dimulakan pada tahun tersebut.
1977 - Sebuah Asrama Puteri siap dibina menempatkan 100 orang pelajar
- Kedai Koperasi Sekolah Dato
Haji Talib Karim, Berhad, ditubuhkan.
1984 - Memperolehi bangunan tambahan
(1 bangunan 3 tingkat mengandungi 9 buah kelas, 1 bilik lukisan dan 1 bilik
kuliah.
1992 - Kelas Aliran Agama (Puteri) dimulakan dengan 21 orang pelajar puteri. Pelajar-pelajar ini mengikuti aliran tersebut sehingga ke Tingkatan 3.
1994 - Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan diperkenalkan bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5.
1997 - Makmal Komputer disediakan oleh Kementerian Pendidikan bagi mata pelajaran Komputer Dalam Pendidikan bagi pelajar Tingkatan 1.
- 3 buah Rumah Guru siap didirikan dan didiami.
- Sebuah Surau siap didirikan untuk Amali Solat dan aktiviti lain.
1998 - Sebuah bengkel Kemahiran Hidup dalam proses disiapkan.
![]() |
Allahyarham Dato Haji Talib Karim dilahirkan pada 12 Disember 1909 di Kg. Baru, Alor Gajah, Melaka. Beliau merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradiknya. Semasa Kecil dipelihara olehdatuk dan neneknya. Setelah datuk dan neneknya meninggal dunia, beliau dipelihara semula oleh ayah dan ibunya yang berada di Indonesia. Beliau berkahwin dengan Datin Hajah Norkiah bte Hashim pada tahun 1936 di Sumatera Barat, Indonesia dan dikurniakan 5 orang cahaya mata perempuan. Sekembalinya beliau ke Kg. Baru, Alor Gajah, beliau terus aktif dalam bidang politik. Beliau aktif dalam gerakanmenentang Malayan |
Union. Beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka yang ketiga pada tahun 1967 hingga tahun 1972. Namanya diabadikan sebagai nama sekolah ini bagi menggantikan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Gajah atas permintaan pihak sekolah dan ahli masyarakat sekeliling. Akhirnya nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Dato Haji Talib Karim pada tahun 1969. |
Perkembangan Pentadbiran: |
Pengetua:
01.01.1964 - 19.03.1964 En. Abd. Manap Bin Said
20.03.1964 - 21.12.1967 En. Mohd Yassan Bin Hj. Awab
01.01.1968 - 21.12.1968 En. Mohd Ali Bin Mohd.
01.01.1969 - 30.11.1969 En. Abd. Talib Bin Mat Zin
01.12.1969 - 14.03.1978 Tn. Hj. Hisham Bin Omar
15.03.1978 - 31.12.1979 En. Mohammad Bin Yunus
01.01.1980 - 15.03.1982 En. Ismail Bin Bachik
16.03.1982 - 28.02.1985 Tn. Hj. Abd. Rafie Bin Hj. Mahat
16.02.1986 - 01.06.1988 En. Tavamani
01.06.1988 - 15.02.1991 Tn. Hj. Mohammad Bin Hj. Ismail.
09.07.1991 - 31.01.1995 Tn. Hj. Mazlan Bin Abdullah
01.02.1995 - 03.08.1998 Tn. Hj. Zainen Bin Hj. Mohammad
04.08.1998 - Sekarang Tn. Hj. Murtadza Bin Mohd Yusuf.
01.01.1964 - 31.12.1964 En. Yusuf Bin Md Nor
01.01.1965 - 31.01.1971 En. Mohd Kamaruddin Bin Zaman
01.02.1971 - 31.12.1972 Tn. Hj.Abd Aziz Bin Zubir
01.01.1973 - 28.02.1977 En. Hassan Bin Khamis
01.03.1977 - 16.12.1979 En. Musa Bin Bulat
17.02.1979 - 30.11.1980 En. Abd. Rashid Bin Yaakob
01.09.1982 - 15.02.1986 En. Dayanathan
01.05.1987 - 02.07.1990 Tn. Hj. Kasmin Bin Mohamad
16.08.1990 - 12.01.1992 En. Baharin Bin Endin
16.01.1992 - 15.11.1992 En. Ahmaed Bin Sulaiman
16.02.1992 - 16.04.1998 Cik Juliah Binti Leman
16.04.1998 - Sekarang Pn. Hjh. Salamah Binti Hashim.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
01.06.1988 - 15.11.1991 Pn. Meenatchi Veerakumaran
16.11.1991 - 15.01.1992 En. Ahmed Bin Sulaiman
16.01.1992 - 16.04.1998 Pn. Hjh. Salamah Binti Hashim.
16.04.1998 - Sekarang En. Sharif Bin Ithnin.
1. Penghulu Kassim Bin Md Yasin
2. Mejar Wahab Bin Salim
3. Sidang Md Isa Bin Md Nor (1979-1982)
4. En. Longchik Bin Osman (1983-1985)
5. En. Abu Bakar Bin Hj. Mohamat (1986-1988)
6. Sidang Latif Bin Ali (1989 1992)
7. En. Abu Bakar Bin Dewa (1992-Sekarang)
sejarah lencana lagu sekolah |
|